Friday 30 March 2012

APA ITU PENGANGKUTAN???


Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Pengangkutan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan melalui jalan air dan pengangkutan melalui jalan udara.
Menurut Katiman Rostam (2002), pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat cirri dan pengaruh yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti hovercraft.
Pengangkutan jalan raya boleh dianggap baru dan kemajuan yang pesat di Amerika Utara, Eropah dan Jepun kerap menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Kemajuan dalam pembinaan jalan raya terhadap pembangunan ekonomi hanya menjadi ketara sejak empat dekad lalu. Kemajuan dalam bidang pembinaan lebuh raya menggalakkan penggunaan trak dan lori tangki bagi mengangkut barangan jenis berat dan pukal. Bagaimanapun, hanya muatan barangan yang ringan, mudah rosak dan memerlukan penghantaran segera sahaja yang lebih sesuai bagi pengangkutan dengan trak menggunakan jalan raya terutamanya bagi jarak angkutan yang pendek.

21 comments:

  1. thank you for the info.it was very useful to me. :)

    ReplyDelete
  2. bagus info ni.membantu aq dlam menyiapkan kerja skolah

    ReplyDelete
  3. thanks.. seriously this is helping me in my exams haha

    ReplyDelete
  4. nak tanya, katiman rostam tu ade buku ke? /kalau ade buku, boleh saya tau ape tajuknye

    ReplyDelete
  5. nak tanya, katiman rostam tu ade buku ke? /kalau ade buku, boleh saya tau ape tajuknye

    ReplyDelete
  6. Thanks =). Bole guna ni utk rujukan krja khusus geografi. Yuhuuuuuu!!!

    ReplyDelete
  7. Thanks =). Bole guna ni utk rujukan krja khusus geografi. Yuhuuuuuu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.saya pun berasa gembira gile dpt information sebanyak ini

      Delete
    2. betul tu.saya pun berasa gembira gile dpt information sebanyak ini

      Delete
  8. Baguslah penerangan tentang maksud pengangkutan.

    ReplyDelete
  9. Baguslah penerangan tentang maksud pengangkutan.

    ReplyDelete
  10. Bagus gile leh jd rukan pt3

    ReplyDelete
  11. It's very useful for students to do scrapbooks

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete